:
SEKOLAH AGAMA DAN TAHFIZ MUHAMMAD AL FATEH, PRESINT 9

SEKOLAH AGAMA DAN TAHFIZ MUHAMMAD AL FATEH, PRESINT 9

PENGENALAN

Semenjak kebelakangan ini, sekolah agama dan tahfiz semakin mendapat sambutan di seluruh pelosok Negara. Usaha untuk melahirkan generasi yang hafiz, alim, dai’e dan professional dari segi tatacara kerja dan berperibadi mulia, memerlukan usaha yang professional, berwawasan dan berfokus. Sesuai dengan perkembangan ini, Pusat Pendidikan Muhammad Al Fateh mengambil langkah untuk mewujudkan sebuah sekolah agama dan tahfiz dalam usaha untuk memberikan didikan yang sempurna berdasarkan Al Quran dan Sunnah bagi kanak-kanak berusia 7 sehingga 12 tahun.

Sekolah tersebut diberikan nama Sekolah Agama dan Tahfiz Muhammad Al Fateh (MAFIST), Putrajaya. Sekolah agama dan tahfiz ini merupakan sebuah sekolah yang telah berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), dan para pelajarnya akan menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia semasa pelajar berada di Tahun 5.

 

MATLAMAT

Menerapkan penguasaaan dan kemahiran membaca Al Quran, celik jawi dan membina sahsiah muslim yang soleh disamping melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia yang berteraskan Al Quran dan As-Sunnah bagi meninggikan martabat keluarga, masyarakat, agama dan Negara.

 

OBJEKTIF

1) Melahirkan generasi yang mencintai kalam Ilahi, menghafaz, memahami dan mengamalkannya serta menyebarkannya kepada orang lain.

2) Melahirkan sebuah keluarga muslim yang sebenar, di mana anak-anak kasih dan hormatkan kedua ibu bapa.

3) Melahirkan para Hufaz (Hafiz dan Hafizah) dan ulama’ yang bertaqwa, berketerampilan, diiktiraf selaras dengan keperluan ummah dan Negara.

4) Melahirkan generasi Islam yang berilmu, beriman, beramal, berpenghayatan dan berakhlak mulia sejajar dengan Pendidikan Islam.

5) Melahirkan insan yang kamil lagi muktakammil di bawah naungan Al Quran dan Al- Sunnah.